Sunday, October 5, 2008

LATAR BELAKANG

DATO' ONN BIN JAAFAR





Keluarga

ayah kepada dato onn
ibu kepada dato onn

Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor, semenjak lewat abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato Onn Jaafar ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja. Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Khadijah, Abdullah dan Dara. Adik beradik seibu beliau ialah Ungku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Besar Johor sehingga Perang Dunia Kedua, Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer Ungku Aziz dan Syed Ali iaitu ayah kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor Syed Naquib Al-Attas manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah Muhammad, Ahmad, Yahya, Aishah, Kamariah dan Azizah.

Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil. Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebeum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.

Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia ke III (Januari 1976- Julai 1981). Cucunda beliau, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein juga kini aktif dalam politik perdana dan kini menjawat Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernah menjawat sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau Menteri Belia dan Sukan. Antara ahli ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau, Lt. Jen. (B) Dato’ Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama diseluruh Commonwealth).


Pendidikan

Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Aldebury Lodge, di Soffolk, England. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor.


Keperibadian


Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.


Hidup berumahtangga

Anwar Abdullah. 2004. Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921. Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Mereka hidup teman meneman selama 41 tahun sebelum Dato’ Onn berpindah dari alam yang fana ke alam yang kekal.

Dato’ Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi’ah, salah seorang anak angkat kepada Dato’ Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak, kesemuanya perempuan. Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi’ah meninggal dunia semasa anak bongsu mereka, Salehah berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini.

Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato’ Onn mengahwininya pada 1921. Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato’ Onn. Setelah isteri pertamanya, Rafi’ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau menolong Dato’ Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein ( kemudian menjadi Perdana Menteri ), Ja’afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.

Datin Halimah tidak menafikan tentang adanya perselisihan faham antaranya dengan Dato’ Onn. Tentulah tidak dapat diterimaoleh akal adanya suami isteri yang tidak pernah berselisih faham dalam masa hidup bersama berpuluh-puluh tahun. Tetapi menurut Datin Halimah , perselisihan faham itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai satu hal yang timbul daripada usaha atau ikhtiar bersama untuk mencari kebaikan dalam pengurusan rumah tangga dan cara-cara yang lebih baik untuk menarik anak-anak supaya meminati pelajaran atau membiasakan diri untuk membuat sesuatu pekerjaan yang perlu bagi kesempurnaan rumah tangga.

Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dari awal perkahwinannya lagi , beliau tidak pernah campur tangan dalam hal pengurusan rumah tangga, khasnya tentang perbelanjaan sehari-hari. Misalnya, menurut Datin Halimh, semasa Dato’ Onn menjadi Menteri Besar, setiap bulan beliau menyerahkan kepada isterinya 1000 ringgit daripada gajinya yang berjumlah lebih kurang 1200 ringgit untuk perbelanjaan rumah tangga. Yang selebihnya diambil untuk perbelanjaan sendiri. Daripada wang 1000 ringgit itulah Datin Halimah berbelanja bukan sahaja keperluan keluarga tetapi untuk perbelanjaan jamuan yang diadakan oleh Dato’ Onn sekali sekal di rumahnya untuk pelawat, termasuk mereka yang datang dari luar negeri.

Dato’ Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan teman yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau mengetahui apa yang patut diketahiu oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan oleh suami kepada isteri untuk pengetahuannya.

Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato’ Onn suka sekali bernual-bual dengan isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan hati.

Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih mengasihi sudah tentu dapat melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia. Tetapi segala-gala ini tidak bererti semestinya ada rumah yang besar, perabot yang lengkap, ada beberapa orang gaji dan tukang kebun, tukang masak yang pandai dan beberapa orang hamba sahaya. Unsur-unsu yang penting sebagai ramuan hidup berkeluarga yang ria dan bahagia adalah persefahaman antara suami isteri dan harmoni di kalangan anggota keluarga.
Dato’ Onn sebagai seorang bapa telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langiit ini yang dapat menghiburkan hatinya seperti di rumah tangganya sendiri. Manusia yang belum mempunyai anak kandung sendiri belum lagi mengetahui dan mengalami bagaimana rasanya kasih sayang yang tumbuh daripada kehidupan berumah tangga atau berkeluarga.

Dato’ Onn yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara ibubapa itu sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang praktis, bukan hanya dengan berteoti atau main mulut sahaja.


HILANGNYA SEORANG PAHLAWAN



Anwar Abdullah. 2004. Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik kebangsaan yang ulung itu diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Mlaya yang terharu dengan kehilangan anggota Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat keharuannya itu, beliau, dengan serta merta mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato’ Onn dengan mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai kepada bangsa dan nusa.

Dato’ Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah pemerintahan asing, iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan nusa yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil daripada perjuangan keringat dan semangat serta pengorbanan rakyat jelata di seluruh negara.

Dato’ Onn dalam masa hidupnya menempuh dua zaman ; zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan, zaman kehambaan dan zaman ketuanan- dengan dirinya terlibat secara lansung dengan aktifnya. Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin kebangsaan yang segenerasi atau semasa dengannya.

Dato’ Onn dalam arena politik, membumbung tinggi mengatasi, dan jauh ke hadapan mendahului, rakan-rakan seperjuangan dan lawan-lawannya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato’ Onn mengambil bahgian yang lebih besar, dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran, sosial dan kebudayaan; dan dalam arena politik semasa dalm penjajahan dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada ”Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”.

Dato’ Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasi oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa Melayu.

Dato’ Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato’ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.

35 comments:

Unknown said...

slm..sya nk ambil n mungkin nk guna info ni bleh?mintk halalkn..
btw, ambil dri mana info ni?

nuerule areyin said...

nk amik info ni ye..=_=

yasmeen ani said...

nak amik gak info nie....

The One said...

mintak halal eh amek info ni..:)

light is my nature said...
This comment has been removed by the author.
Permata Qalbuku said...

Assalamu'alaikum, boleh saya minta sumber rujukan info mengenai Dato' Onn Jaafar ni?

CikNica said...

Nak mnx share info ni..
terima kasih =)

49 said...

nak amik nie..halalkan ilmu yer..

The Big Sengkuang said...

assalamualaikum.. info yang bagus.. memang membantu.. terima kasih.. saya ingin minta izin kepada tuan blog untuk menggunakan isi yang ditulis untuk digunakan di dalam tugasan saya.. :)

Alees Hadzirah said...

assalamualaikum..saya minta info ini untuk buku skrap sejarah saya ye..terima kasih :)

Alees Hadzirah said...

assalamualaikum..saya ingin ambil info ini untuk buku skrap sejarah saya..terima kasih :)

" Me Myself And I " said...

saya mintak copyy ea ? ^_^ .. thankzz..

It's me Amri said...

Terima kasih :) Mintak izin nak ambik info yerr .

Unknown said...

mita halalkan ya.

Unknown said...

said ..
salam , saya nak ambil info ni bleh ? mintak halal yee

Unknown said...

Salem..
Nak mnta info..
Tq... :)
.

Dr.Mior Badrul Hisham said...

As'salam admin...Saya syed zainal penasihat kepada Dato' Hajjah Siti Fadzilah bte Dato' Meor Abdul Rahman yang merupakan satu-satunya anakanda Mahaguru silat Seni Gayong. Almarhum Mahaguru Dato' Meor Rahman bersahabat karib dengan Dato' Onn sekitar tahun 1950an. Pihak keluarga Hajjah Siti fadzilah ingin menghubungi dan bertemu sua dengan ahli keluarga Dato' Onn iaitu OZI dan Nell. Minta call Siti fadzilah segera at 0162815919 and 06-7625945 (home)

Enn Ess said...

salam mohon halalkan segala informasi di dalam ini utk kajian saya.

Mawaddah Mohammad said...
This comment has been removed by the author.
Abdul Jalil said...

saya cuma copy ayat... apa yg saya nampak Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan (Assobiyyah) daripada ”Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”.

(disini terlahirnya ideologi Assobiyah yg diambil dari revolusi Turki semasa pemerintahan Mustafa Kamal artantuk..)

sekaligus berlakunya pemisahan dari daulah khilafah islamiyah yg dpimpin pemerintahan Uthmaniah..

Raniea Lusya said...

Leh sye copy tntg mklmt ni?Hrp bleh ye...Trma kseh bnyk*2 krne mmbrikn mklmt ini...

Raniea Lusya said...
This comment has been removed by the author.
bintulwalideyn said...

asslm wrt..sya nk ambil info nie... mntk tolong halalkan..

nis said...

Mintak halalkan ye, saya pinjam info ni untuk biografi saya.

Hana said...

Assalamualaikum, minta halalkan apa yang saya ambil ni untuk folio sejarah saya :)

terima kasih :)

Unknown said...

Assalamualaikum..
sy ad mengambil info dari sini untuk folio sejarah sy. minta dhalalkn ilmu ini ye..

terima kasih :)

salmiah sulong said...

Assalamualaikum...
sy minta izin untuk info dari sini untuk kajian pito
saya, minta halal ye ilmu ini.

Unknown said...

assalamualaikum.. saya nk minta izin mengambil info untuk folio sjarah .. terima kasih

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Mm family kita org yg pada singapore xde cerita ke.. dan lain2 ,kita org keturunan dato jaafar juga but bila nenek dah xde hilang mcm tu je..family kita orang mmg ramai .. sampai dh xjumpa.

Anonymous said...

saya nak gak copy skit leh kan

Unknown said...

MINTA IZIN UNTUK AMBIL SEDIKIT ILMU DARI PAGE INI,TERIMA KASIH YAA

Unknown said...

saya mohon nk pinjam dri ilmu ni...terima kasih

Unknown said...

Salam, saya nak ambil sedikit info dr sini ye,, mohon halalkan.. Terima kasih 🥰

Unknown said...

saya ambil info ni ye
minta halal kan