Sunday, October 5, 2008

HILANGNYA SEORANG PERWIRA




Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara menggantikan Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Dalam tahun 1959, Parti Negara telah memenangi pilihanraya Umum Persekutuan dan Dato' Onn dilantik menjadi Anggota Parlimen. Namun begitu, pada Pilihanraya Umum 1959, PM berjaya meraih satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung Parti Negara ini.


Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959.
Pada tahun 1962, Dato' Onn bin Jaafar meninggal dunia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara kita. Beliau adalah seorang pejuang kebangsaan dan tokoh politik yang terulung di Tanah Melayu, yang berjaya meniupkan semangat kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu. Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan petah bercakap dan berhujah, Datuk Onn telah berjaya memimpin orang-orang Melayu menentang dan seterusnya menumbangkan Malayan Union.


Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik kebangsaan yang ulung itu pada hari ini (jumaat) dalam tahun 1962 setelah berusia 67 tahun diterima dengan rasa sedih dan terharu yang amat sangat oleh rakyat jelata dan pemimpin-pemimpin negara di seluruh negara. Di saat keharuan itu Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dengan serta merta mengumumkan penghormatan negara kepada jenazah Dato' Onn sebagai mengenang jasa-jasa beliau yang tidak ternilai kepada bangsa dan nusa. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Abu Bakar Ialu dibawa ke Istana Besar untuk rakyat memberi penghormatan terakhir. Tembakan meriam hormat sebanyak 17 kali telah dilepaskan sebaik sahaja jenazah itu dibawa keluar dari Istana Besar di atas sebuah kereta meriam yang ditarik oleh anggota-anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Malaya dengan diiringi oleh 300 orang anggota dan pegawai-pegawai dari Angkatan bersenjata Tanah Melayu dan Timbalan Setia Negeri.johor (johore Military Forces), menuju ke Perkuburan Diraja Mahmudiah. Di samping beribu-ribu rakyat jelata turut mengiringi jenazah Almarhum itu ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Anggota-anggota Parlimen, Menteri-menteri Besar, Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Wakil Raja-Raja Melayu, Pembesar-Pembesar Negeri/Daerah, Wakil Kerajaan Singapura dan Canselor Universiti Singapura.

1 comment:

mfojiah said...

sungguh besar pgorbanan pejuang negara kte. .so ayun bsyukur coz pas ayun lhir, negara kte dh merdeka.